Saturday, 11 February 2012

terima kasih

Assalamualaikum

Mungkin tulisan saya yang ini kurang matang... Maaf jika ada menyinggung hati mana mana pihak ...

Kita kenal dan terus kenal antara satu sama lain.
Dalam tempoh perkenalan tu, diri ni sedar banyak menyakitkan hati orang di sana
Sama ada dengan tingkah laku atau pun kata kata.

Ampun dan maaf saya pohon. Maaf kan saya andai banyak kali ungkapan "berubah " tu selalu saya ucapkan, tapi tiada perubahan pun yang berlaku.

Tapi mulai saat ini, saya akan kotakan janji tu ;)
Itu matlamat saya. Mohon doa kalian supaya kami sama-sama tabah dan sabar menghadapi dugaan dan cabaran akan datang.... Dipinjamkan ketabahan dan kesabaran dalam apa jua situasi insya Allah...

Terima kasih atas ucapan dan doa masa birthday saya ;)
Sungguh, terharu! Walau pun kita jauh terpisah, tapi saya bersyukur doa saya dah dimakbulkan.

Jauh dimata, insya Allah dekat di hati dan diberkati Allah selalu...ameen!


You Are Not Alone


I'm not alone....yes i know you are always there for me..

The songs that make me even tougher when you are not around.
But i know you are always there for me....

Semoga urusan dan hubungan kita diberkatiNYA....
semoga dipermudahkan segalanya...

Monday, 19 December 2011

cantik ke aku?

Assalamualaikum.



Tidak cantik = rendah diri dan jarang disukai orang.
Cantik =  Berkeyakinan , terkenal dan disukai banyak orang
Formula di atas, dapat ke anda semua tahu sama ada anda ni cantik atau tidak? Kalau tak disukai orang maka tak cantiklah kita? Begitu?
Aku ad formula yang jauhhh lebih cantik dari yang di atas tu.Dan satu perkara yang pasti, Tingkahlaku seseorang itu mencerminkan pemahaman mereka. Jika kita rajin menuntut ilmu agama, insyaallah gerak-geri kita sesuai dengan ilmu yang kita miliki. Begitu juga yang terjadi pada wanita-wanita yang terpaku pada kecantikan fizik semata – mata.
“Siapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, Allah akan fahamkan ia dalam agamanya”(Sahih, Muttafaqun ‘alaihi).
 Hadis diatas dijelaskan oleh Syaikh Ibnu Baz bahwa ia menunjukkan keutamaan ilmu. Jika Allah menginginkan seorang hamba memperoleh kebaikan, Allah akan memahamkan agamaNya sehingga dia dapat mengetahui mana yang benar dan mana yang batil, mana petunjuk mana kesesatan. Dengannya pula dia dapat mengenal Rabbnya dengan nama dan sifat-sifatNya serta tahu keagungan hakNya.
Apalah gunanya cantik tetapi hati tidak tenteram. Cantik tetapi dilaknat oleh Allah dan rasulNya. Kecantikan fizikal tidak akan bertahan lama, ia hanya palsu sahaja.
Ada yang lebih cantik dihadapan Allah, Rabb semesta alam, iaitu kecantikan hati yang  akan nampak pada mulianya akhlak. Banyakkan muhasabah, kenali apa-apa yang masih kurang dan lekas diperbaiki.
Faham Syari’at = CANTIK
Tidak Faham Syari’at = Tidak CANTIK sama sekali!
Bagaimana? setuju?
“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati  kalian” (HR.Muslim)

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum  
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu

Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya

Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada 
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.



Friday, 16 December 2011

roda kehidupan


Assalamualaikum..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)
dan kami pun telah turunkan bebanmu darimu
yang memberatkan dirimu
dan kami tinggalkan kesusahan yang dideritaimu dalam menyampaikan risalah


Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan


Maka apabila engkau telah selesai dari segala urusan, tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain.
dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.


( Asy-Syarh:  1-8)

Dugaan yang KAU beri sungguh berat buatku ya Allah
Tapi aku redha kerana aku yakin ENGKAU ada bersama ku

aku tahu aku tak boleh mengalah, kena terus berusaha untuk urusan aku yang lain.
dan aku yakin, setiap dugaan yang kau berikan, pasti ada hikmah disebalik pentarbiyahan ENGKAU berikan kepadaku.

p/s: jangan sedih ( La Tahzan ) sesungguhnya Allah ad bersama sama kita :D
Al-Quran really give me strength at the moment i feel so depressed and sad..
Thank you ALLAH, selawat dan salam ke atas kekasihMU Muhammad ...

:'(

Thursday, 15 December 2011

La Tahzan :)

Assalamualaikum.

Perjalanan hidup harus diteruskan hari ini.
Walau pun perjalanan hidup kali  ini sendirian tanpa insan-insan tersayang.
Meninggalkan keselesaan,
Meninggalkan ayah emak di rumah,
Merindui adik-adik di rumah

Tapi, walau di mana jua saya berada,
Saya tetap berpijak dibumi milik Allah SWT.
Saya masih berkongsi alam yang sama dengan insan2 tersayang....
Saya hanya manusia biasa, kesedihan tetap bertamu di hati.
Sayu berada berjauhan dengan keluarga dan orang tersayang :(

Namun segala perasaan ini kupanjatkan pada TUHAN YANG SATU.
Yang MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik buat diriku.
Maka, aku redha dan pasrah.
Kerana aku yakin, ALLAH SENTIASA ADA BUAT KU dan melindungi orang-orang yang kusayangi :D

La tahzan ye kawan-kawan :)
ALLAH sentiasa ad untuk kita :)

Wednesday, 14 December 2011

sweet and sour reminder for all

Firman Allah di dalam surah An-Nur

Dan wanita wanita yang baik adalah untuk laki laki yang baik dan laki laki yang baik adalah untuk wanita wanita yang baik pula.
(An-Nur 24:26 )


Untuk bersabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi realiti kehidupan ni memang sangat susah dan pahit. Tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya Allah,
Jom sibukkan diri agar kuat diri dan hati.

Jom kita abadikan doa ajaran Rasulullah dalam sujud :
Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati ( kami) dan jadikanlah kami pemimpin orang orang yang bertaqwa. 
( Al-Furqan 25:74 )


Ingatlah!
Percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan rahmah dan mawaddah kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan Allah SWT..


ombak rindu