Firman Allah di dalam surah An-Nur
Dan wanita wanita yang baik adalah untuk laki laki yang baik dan laki laki yang baik adalah untuk wanita wanita yang baik pula.
(An-Nur 24:26 )
Untuk bersabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi realiti kehidupan ni memang sangat susah dan pahit. Tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya Allah,
Jom sibukkan diri agar kuat diri dan hati.
Jom kita abadikan doa ajaran Rasulullah dalam sujud :
Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati ( kami) dan jadikanlah kami pemimpin orang orang yang bertaqwa.
( Al-Furqan 25:74 )
Ingatlah!
Percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan rahmah dan mawaddah kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan Allah SWT..
No comments:
Post a Comment