Perjalanan hidup harus diteruskan hari ini.
Walau pun perjalanan hidup kali ini sendirian tanpa insan-insan tersayang.
Meninggalkan keselesaan,
Meninggalkan ayah emak di rumah,
Merindui adik-adik di rumah
Tapi, walau di mana jua saya berada,
Saya tetap berpijak dibumi milik Allah SWT.
Saya masih berkongsi alam yang sama dengan insan2 tersayang....
Saya hanya manusia biasa, kesedihan tetap bertamu di hati.
Sayu berada berjauhan dengan keluarga dan orang tersayang :(
Namun segala perasaan ini kupanjatkan pada TUHAN YANG SATU.
Yang MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik buat diriku.
Maka, aku redha dan pasrah.
Kerana aku yakin, ALLAH SENTIASA ADA BUAT KU dan melindungi orang-orang yang kusayangi :D
La tahzan ye kawan-kawan :)
ALLAH sentiasa ad untuk kita :)
No comments:
Post a Comment