Monday, 19 December 2011

cantik ke aku?

Assalamualaikum.



Tidak cantik = rendah diri dan jarang disukai orang.
Cantik =  Berkeyakinan , terkenal dan disukai banyak orang
Formula di atas, dapat ke anda semua tahu sama ada anda ni cantik atau tidak? Kalau tak disukai orang maka tak cantiklah kita? Begitu?
Aku ad formula yang jauhhh lebih cantik dari yang di atas tu.Dan satu perkara yang pasti, Tingkahlaku seseorang itu mencerminkan pemahaman mereka. Jika kita rajin menuntut ilmu agama, insyaallah gerak-geri kita sesuai dengan ilmu yang kita miliki. Begitu juga yang terjadi pada wanita-wanita yang terpaku pada kecantikan fizik semata – mata.
“Siapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, Allah akan fahamkan ia dalam agamanya”(Sahih, Muttafaqun ‘alaihi).
 Hadis diatas dijelaskan oleh Syaikh Ibnu Baz bahwa ia menunjukkan keutamaan ilmu. Jika Allah menginginkan seorang hamba memperoleh kebaikan, Allah akan memahamkan agamaNya sehingga dia dapat mengetahui mana yang benar dan mana yang batil, mana petunjuk mana kesesatan. Dengannya pula dia dapat mengenal Rabbnya dengan nama dan sifat-sifatNya serta tahu keagungan hakNya.
Apalah gunanya cantik tetapi hati tidak tenteram. Cantik tetapi dilaknat oleh Allah dan rasulNya. Kecantikan fizikal tidak akan bertahan lama, ia hanya palsu sahaja.
Ada yang lebih cantik dihadapan Allah, Rabb semesta alam, iaitu kecantikan hati yang  akan nampak pada mulianya akhlak. Banyakkan muhasabah, kenali apa-apa yang masih kurang dan lekas diperbaiki.
Faham Syari’at = CANTIK
Tidak Faham Syari’at = Tidak CANTIK sama sekali!
Bagaimana? setuju?
“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati  kalian” (HR.Muslim)

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum  
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu

Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya

Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada 
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.



No comments:

Post a Comment